LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 27 July 2011

Pembaris Kek Lapis

Ini adalah gambar Pembaris Kek Lapis yang digunakan untuk memotong kek dengan tepat. Hanya letakkan pembaris diatas kek dan potong memanjang. Terdapat berbagai saiz - ada 1.5, 1, 3/4 & 1/2 inci.

Kek Lapis Tembikai

Bahan-bahan ( 8" x 8" x 2.5" )

  • 10 Biji Telur
  • 500gm Mentega
  • 1 gelas gula
  • 3 gelas tepung
  • 1 gelas horlicks
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 tin kecil sri kaya
  • 1 sudu makan perasa tembikai
  • Pewarna merah
  • Pandan paste
  • Chocolate chip @ kismis hitam secukupnya

Cara-cara

  1. Gula + mentega di pukul hingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul hingga rata.
  4. masukkan horlicks + perisa tembikai dan pukul lagi.
  5. masukkan sri kaya + susu dan pukul hingga rata.
  6. Bahagi kepada 3 bahagian :- 1. 3 senduk + pandan paste 2. 2 senduk biar plain 3. selebihnya + pewarna merah
  7. Bakar warna hijau 3 lapis. Kemudian warna plain 2 lapis. Diikuti dengan warna merah.
  8. Chocolate chip @ kismis hitam di masukkan di atas lapisan warna merah. 

Kek lapis Sisik Ikan

Bahan-bahan ( 8" x 8" x 3" )

  • 10 Biji Telur
  • 250gm Gula halus
  • 1 sudu makan ovellete
  • 75ml air sejuk
  • 1 tin seri kaya
  • ½ botol kecil horlicks
  • 250gm tepung
  • 360 gm mentega di pukul dgn 4 sudu makan susu pekat
  • 4 bungkus manisan hawflakes

Cara-cara

  1. Pukul bahan no 1 – 6 hingga kembang.
  2. Masukkan mentega dan gaul sebati
  3. Kemudian masukkan tepung dan gaul lagi
  4. Ambil sesenduk adunan dan bakar hingga masak
  5. Buat 2 lapis baru di cucuk dgn hawflakes
  6. Cucuk hawflakes secara mencondong
  7. Ulang proses ini hingga habis. 

Kek Lapis Pelangi

Bahan-bahan ( 8" x 8" x 2.5" )

  • 10 Biji telur ayam
  • 1 gelas gula dikisar
  • 360gm mentega
  • 1 1/2 tepung gandum
  • 1 tin kecil kaya
  • 1/2 botol pandan paste
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 botol chocolate emulco
  • 2 camca besar stawberi filing dan sedikit pewarna merah
  • 2 camca besar ovellete
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. Mentega & Gula dipukul hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. kemudian masukkan ovelete, kaya dan susu. Pukul hingga sebati
  4. Bahagi kepada 4 bahagian : a) masukkan pewarna kuning.
  5. b) masukkan chocolate emulco
  6. c) masukkan pandan paste
  7. masukkan strawberi filing dgn sedikit pewarna merah
  8. Alas loyang dgn kertas minyak dan di lenser dgn mentega sedikit.
  9. Bakar adunan warna kuning. Guna api atas & bawah. Biar bahagian atas kek warna keperangan.
  10. Kemudian masukkan adunan warna coklat, bakar seperti adunan kuning tadi cuma guna api atas sahaja. Diikuti warna merah dan hijau.
  11. Bakar hingga habis adunan. 

Kek Lapis Coklat

Bahan-bahan ( 8" x 8" x 2.5" )

    360gm mentega.
    1 gelas gula pasir yg tlh dikisar
    10 biji telur ayam.
    1 ½ gelas tpg gandum
    100gm horlick.
    1 tin kecil susu pekat
    1 sudu makan ovellet
    1 botol chocolate paste.( Chocolate Emulco )
    1 sudu makan koko

Cara-cara

    Masukkan gula & mentega dan pukul hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung dan diikuti dgn horlicks. Pukul hingga sebati. Masukkan susu & ovellet.Pukul hingga sebati.
    Bahagi kepada 2 adunan. a) masukkan koko & chocolate paste. b) Biarkan kosong (warna krim)
    Alaskan Loyang dgn kertas minyak. Masukkan sesenduk adunan krim kedlm Loyang. Bakar guna api atas & bawah. Jika kek di bahagian atas sudah agak kuning keperangan, Bolehlah di lapis dgn adunan coklat. Buat sehingga habis adunan. Lapisan kedua hingga terkhir guna api atas sahaja.

Kek Lapis Batik Sutera

Bahan-bahan ( 8" x 8" x 2.5" )

     480gm mentega.
    1 gelas gula pasir yg tlh dikisar
    15 biji kuning telur.
    5 biji putih telur.
    2 gelas tpg gandum.
    100gm horlick.
    1 tin kecil susu pekat.
    1 sudu makan ovellet.
    250gm strawberi filling.
    250gm blueberi filing.
    Sedikit pewarna merah jambu & ungu.

Cara-cara

    Masukkan gula & putih telur. Pukul hingga putih. Mentega dan kuning telur di pukul hingga kembang. Satukan adunan putih telur kedlm kuning telur. Masukkan tepung dan diikuti dgn horlicks. Pukul hingga sebati. Masukkan susu & ovellet.Pukul hingga sebati.
    Bahagi kepada 3 adunan. a) masukkan strawberi filling & pewarna merah jambu. ( Masukkan adunan dlm piping ) b) Masukkan blueberi filling & pewarna ungu ( Masukkan adunan dlm piping yang lain ) c) Biarkan kosong ( warna krim)
    Alaskan Loyang dgn kertas minyak. Masukkan sesenduk adunan krim kedlm Loyang. Bakar guna api atas & bawah. Buat hingga 3 lapisan. Kemudian masukkan adunan strawberi dan di selang selikan dgn adunan blueberi. Bakar lapisan tersebut. Bila sudah masak.( Bahagian atas kek warna kuning keperangan, Lapislah lagi hingga adunan strawberi dan blueberi tersebut habis. Kemudian lapislah dgn adunan warna krim. Buat hingga 3 lapisan.

Kek Lapis Pucuk Rebung


Bahan-bahan ( 8" x 8" x 2.5" )

    Bahan 2 Dalam Kek
    1) 360gm Mentega Golden Churn
    2) 1 Gelas Gula Pasir
    3) 10 Biji Kuning Telur
    4) 1 ½ Gelas Tepung Gandum
    5) ½ Tin Tinggi Susu Pekat Manis
    6) 100gm Santan Serbuk
    7) Sedikit Pandan Paste
    8) Sedikit Strawberi Paste
    9) Sedikit Pewarna Kuning.
    Bahan 2 Luar Kek.
    1) 240gm Mentega Golden Churn
    2) 1 Gelas Gula Pasir
    3) 5 Biji Telur
    4) 1 Gelas Tepung Gandum
    5) ½ Tin Tinggi Susu Pekat Manis
    6) 50gm Santan Serbuk S&P

Cara-cara

    Cara Membuat dalam kek:-
Masukkan mentega & gula. Pukul bersama. Kemudian masukkan telur satu persatu. Diikuti tepung, susu dan santan. Pukul hingga sebati.
Apabila bahan tersebut sebati, bahagi kepada 3 bahagian
a) Masukkan pandan paste.
b) Masukkan strawberi paste.
c) Masukkan pewarna kuning. Bakar setiap adunan sehingga 3 lapis. Apabila kek sudah masak, potong kepada 1 inci seperti segiempat. Kek 1 inci tadi dipotong dua seperti segi tiga. Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.

Cara membuat luar kek:
Masukkan mentega & gula dan dipukul bersama. Kemudian masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung dan diikuti dgn susu dan santan. griskan loyang dgn sedikit mentega dan alas dgn kertas minyak. Bakar hingga menjadi 3 lapisan. Setiap bahagian atas lapisan hendaklah bewarna kuning keperangan. Susunkan kek yang telah di potong ke atas kek ini. Bila siap susun, bakar lagi dan masukkan adunan selebihnya bakar hingga tiga lapis. Seperti membuat lapisan bawah tadi.