LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 27 July 2011

Pembaris Kek Lapis

Ini adalah gambar Pembaris Kek Lapis yang digunakan untuk memotong kek dengan tepat. Hanya letakkan pembaris diatas kek dan potong memanjang. Terdapat berbagai saiz - ada 1.5, 1, 3/4 & 1/2 inci.

Kek Lapis Tembikai

Bahan-bahan ( 8" x 8" x 2.5" )

  • 10 Biji Telur
  • 500gm Mentega
  • 1 gelas gula
  • 3 gelas tepung
  • 1 gelas horlicks
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 tin kecil sri kaya
  • 1 sudu makan perasa tembikai
  • Pewarna merah
  • Pandan paste
  • Chocolate chip @ kismis hitam secukupnya

Cara-cara

  1. Gula + mentega di pukul hingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul hingga rata.
  4. masukkan horlicks + perisa tembikai dan pukul lagi.
  5. masukkan sri kaya + susu dan pukul hingga rata.
  6. Bahagi kepada 3 bahagian :- 1. 3 senduk + pandan paste 2. 2 senduk biar plain 3. selebihnya + pewarna merah
  7. Bakar warna hijau 3 lapis. Kemudian warna plain 2 lapis. Diikuti dengan warna merah.
  8. Chocolate chip @ kismis hitam di masukkan di atas lapisan warna merah. 

Kek lapis Sisik Ikan

Bahan-bahan ( 8" x 8" x 3" )

  • 10 Biji Telur
  • 250gm Gula halus
  • 1 sudu makan ovellete
  • 75ml air sejuk
  • 1 tin seri kaya
  • ½ botol kecil horlicks
  • 250gm tepung
  • 360 gm mentega di pukul dgn 4 sudu makan susu pekat
  • 4 bungkus manisan hawflakes

Cara-cara

  1. Pukul bahan no 1 – 6 hingga kembang.
  2. Masukkan mentega dan gaul sebati
  3. Kemudian masukkan tepung dan gaul lagi
  4. Ambil sesenduk adunan dan bakar hingga masak
  5. Buat 2 lapis baru di cucuk dgn hawflakes
  6. Cucuk hawflakes secara mencondong
  7. Ulang proses ini hingga habis. 

Kek Lapis Pelangi

Bahan-bahan ( 8" x 8" x 2.5" )

  • 10 Biji telur ayam
  • 1 gelas gula dikisar
  • 360gm mentega
  • 1 1/2 tepung gandum
  • 1 tin kecil kaya
  • 1/2 botol pandan paste
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 botol chocolate emulco
  • 2 camca besar stawberi filing dan sedikit pewarna merah
  • 2 camca besar ovellete
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. Mentega & Gula dipukul hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. kemudian masukkan ovelete, kaya dan susu. Pukul hingga sebati
  4. Bahagi kepada 4 bahagian : a) masukkan pewarna kuning.
  5. b) masukkan chocolate emulco
  6. c) masukkan pandan paste
  7. masukkan strawberi filing dgn sedikit pewarna merah
  8. Alas loyang dgn kertas minyak dan di lenser dgn mentega sedikit.
  9. Bakar adunan warna kuning. Guna api atas & bawah. Biar bahagian atas kek warna keperangan.
  10. Kemudian masukkan adunan warna coklat, bakar seperti adunan kuning tadi cuma guna api atas sahaja. Diikuti warna merah dan hijau.
  11. Bakar hingga habis adunan. 

Kek Lapis Coklat

Bahan-bahan ( 8" x 8" x 2.5" )

    360gm mentega.
    1 gelas gula pasir yg tlh dikisar
    10 biji telur ayam.
    1 ½ gelas tpg gandum
    100gm horlick.
    1 tin kecil susu pekat
    1 sudu makan ovellet
    1 botol chocolate paste.( Chocolate Emulco )
    1 sudu makan koko

Cara-cara

    Masukkan gula & mentega dan pukul hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung dan diikuti dgn horlicks. Pukul hingga sebati. Masukkan susu & ovellet.Pukul hingga sebati.
    Bahagi kepada 2 adunan. a) masukkan koko & chocolate paste. b) Biarkan kosong (warna krim)
    Alaskan Loyang dgn kertas minyak. Masukkan sesenduk adunan krim kedlm Loyang. Bakar guna api atas & bawah. Jika kek di bahagian atas sudah agak kuning keperangan, Bolehlah di lapis dgn adunan coklat. Buat sehingga habis adunan. Lapisan kedua hingga terkhir guna api atas sahaja.

Kek Lapis Batik Sutera

Bahan-bahan ( 8" x 8" x 2.5" )

     480gm mentega.
    1 gelas gula pasir yg tlh dikisar
    15 biji kuning telur.
    5 biji putih telur.
    2 gelas tpg gandum.
    100gm horlick.
    1 tin kecil susu pekat.
    1 sudu makan ovellet.
    250gm strawberi filling.
    250gm blueberi filing.
    Sedikit pewarna merah jambu & ungu.

Cara-cara

    Masukkan gula & putih telur. Pukul hingga putih. Mentega dan kuning telur di pukul hingga kembang. Satukan adunan putih telur kedlm kuning telur. Masukkan tepung dan diikuti dgn horlicks. Pukul hingga sebati. Masukkan susu & ovellet.Pukul hingga sebati.
    Bahagi kepada 3 adunan. a) masukkan strawberi filling & pewarna merah jambu. ( Masukkan adunan dlm piping ) b) Masukkan blueberi filling & pewarna ungu ( Masukkan adunan dlm piping yang lain ) c) Biarkan kosong ( warna krim)
    Alaskan Loyang dgn kertas minyak. Masukkan sesenduk adunan krim kedlm Loyang. Bakar guna api atas & bawah. Buat hingga 3 lapisan. Kemudian masukkan adunan strawberi dan di selang selikan dgn adunan blueberi. Bakar lapisan tersebut. Bila sudah masak.( Bahagian atas kek warna kuning keperangan, Lapislah lagi hingga adunan strawberi dan blueberi tersebut habis. Kemudian lapislah dgn adunan warna krim. Buat hingga 3 lapisan.

Kek Lapis Pucuk Rebung


Bahan-bahan ( 8" x 8" x 2.5" )

    Bahan 2 Dalam Kek
    1) 360gm Mentega Golden Churn
    2) 1 Gelas Gula Pasir
    3) 10 Biji Kuning Telur
    4) 1 ½ Gelas Tepung Gandum
    5) ½ Tin Tinggi Susu Pekat Manis
    6) 100gm Santan Serbuk
    7) Sedikit Pandan Paste
    8) Sedikit Strawberi Paste
    9) Sedikit Pewarna Kuning.
    Bahan 2 Luar Kek.
    1) 240gm Mentega Golden Churn
    2) 1 Gelas Gula Pasir
    3) 5 Biji Telur
    4) 1 Gelas Tepung Gandum
    5) ½ Tin Tinggi Susu Pekat Manis
    6) 50gm Santan Serbuk S&P

Cara-cara

    Cara Membuat dalam kek:-
Masukkan mentega & gula. Pukul bersama. Kemudian masukkan telur satu persatu. Diikuti tepung, susu dan santan. Pukul hingga sebati.
Apabila bahan tersebut sebati, bahagi kepada 3 bahagian
a) Masukkan pandan paste.
b) Masukkan strawberi paste.
c) Masukkan pewarna kuning. Bakar setiap adunan sehingga 3 lapis. Apabila kek sudah masak, potong kepada 1 inci seperti segiempat. Kek 1 inci tadi dipotong dua seperti segi tiga. Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.

Cara membuat luar kek:
Masukkan mentega & gula dan dipukul bersama. Kemudian masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung dan diikuti dgn susu dan santan. griskan loyang dgn sedikit mentega dan alas dgn kertas minyak. Bakar hingga menjadi 3 lapisan. Setiap bahagian atas lapisan hendaklah bewarna kuning keperangan. Susunkan kek yang telah di potong ke atas kek ini. Bila siap susun, bakar lagi dan masukkan adunan selebihnya bakar hingga tiga lapis. Seperti membuat lapisan bawah tadi.

Kek Lapis Horlick

Bahan-bahan ( 9'X9' )

    10biji telur ayam
    1 packet kecil horlicks
    1 tin sederhana susu pekat manis
    16oz@450g mentega
    1/2 gelas gula halus
    1 gelas tepung gandum
    2 sudu kecil essence vanilla
    1 sudu makan ovallette
    1 tin besar seri kaya

Cara-cara


  1.     Pukul mentega dan gula, ketepikan.
  2.     Pukul telur hingga kembang
  3.     Campurkan semua bahan yang telah dipukul tadi spt mentega bersama gula serta telur.Pukul hingga kembang
  4.     Masukkan selang selikan dengan pukulan 1 minit susu pekat manis, horlicks, seri kaya, tepung, vanilla essence serta ovalette.
  5.     Apabila semua bahan sudah dimasukkan, pukul hingga semua bahan sebati dalam tempoh 10minit.
  6.     Bakar lapisan menggunakan api atas sahaja pada suhu 180. Jika mahu nampak cantik bakar 3 sudu makan adunan untuk setiap lapisan. 

Kek Lapis Evergreen

Bahan-bahan
    10 biji telur ayam
    16 oz mentega
    1 gelas gula hangus
    2 gelas tepung gandum atau tepung hong kong
    1/2 tin susu manis
    1/2 tin seri kaya
    1 bungkus serbuk santan
    1 sudu makan ovellete

Cara-cara


  1.     Pukul telur, tepung, gula dan ovellete sehingga kembang.
  2.     Pukul mentega, seri kaya, susu, serbuk santan sampai putih.
  3.     Satukan kedua-duanya. Gaulkan sampai rata kemudian masukkan pasta pandan.
  4.     Bakar lapis demi selapis sampai habis 

Saturday 23 July 2011

Roll Kipas

Bahan-bahan ( 10 biji roll )
BAHAN2 A:
15 biji Kuning Telur
6 biji Putih Telur
250g Gula halus
200g Tepung Hong Kong / superfine
1 camca Ovalette
50g Tepung Jagung
BAHAN2 B:
450g Mentega
4 camca Susu pekat manis
1 tin kecil Seri kaya

BAHAN C:
Pewarna Merah, Hijau, Kuning

BAHAN2 KULIT:
10 biji Kuning telur
4 biji Putih telur
150g Tepung Hong Kong
150g Gula Kastor
20g Tepung Aiskrim
1 camca Ovalette
1 camca teh serbuk penaik
50ml Air ais
125ml Mentega cair
1 botol jem strawberi

Cara-cara
Pukul kesemua bahan A dgn kelajuan tinggi sehingga kembang & bertali. Pukul bahan B di tempat berasingan sehingga kembang. 
Campurkan kedua2 bhn. Bahagikan kpd 3 warna & bakar dlm acuan 8 1/2 x 8 1/2 x 1 inchi setiap satu warna berasingan. 
Bila dah sejuk potong jalur2 selebar 3/4 inchi. Lepas tu belah dua setiap jalur menjadi jalur 3 segi seperti gambar. Susun menjadi bentuk kipas seperti dlm gambar & lekatkan setiap lapis dgn jem.
Utk kulit roll, pukul semua bhn kecuali mentega & jem, dgn kelajuan tinggi sehingga kembang & bertali. Masukkan mentega. Tuang & ratakan 2 senduk adunan dlm tin & bakar. 
Angkat & letak atas tuala bash. Sapukan jem & letak roll tadi. Gulung dgn kemas. Bakar & gulung sehingga habis.

Selamat mencuba.....


Kek Lapis Oreo

o

Bahan-bahan

20 biji kuning telur
10 biji putih telur
1 tin butter
1 tin susu manis
100 gram tepong gandum
200 gram susu tepong
7 bungkus Biskut Oreo yang di pisahkan dari intinya
Esen perasa pandan
Baking powder

Cara membuat

1-Putar butter bersama kuning telur sedikit demi sedikit hingga kembang

2-Putar putih telur ditempat yang berasingan hingga kembang (boleh guna blender jika perlu)

3-Apabila putih telu kembang masukan kedalam adunan kuning telur dan butter. Pukul sekali lagi hingga kembang.

4-Masukkan esen perasa pandan, baking powder dan susu manis.

5-Apabila sebati, masukkan susu tepong,dan tepong gandum


Cara melapis

1-Ambil 5 sudu  adunan dan buat lapisan pertama. Setelah kuning.. buat lapisan kedua dan susun biskut Oreo yg dipisahkan dari inti hingga penuh permukaan.

2-Untuk lapisan yang terakhir.. jangan susun biskut oreo.. cukuplah sekadar lapisan untuk penutup bahagian paling atas.

Kek Lapis Cappucino Cheese














Bahan-bahan A
1/2 kilo Cream Cheese cream cheese
2 biji telur
1 tin besar susu manis
200gram susu tepung
esen vanila

Cara membuat:
Cream cheese dibiarkan pada suhu bilik supaya mudah dipukul.
Pukul cream cheese dengan telur serta susu manis hingga sebati. Masukkan esen vanila dan susu tepung.

Bahan-bahan B
10 biji kuning telur
5 biji putih telur
1 tin butter Goldern Churn
1 tin kecil susu manis
200 gram tepong gandum
1 sudu makan serbuk Nescafe
3 sudu makan serbuk Milo
Baking powder

Cara membuat:
Pukul butter bersama kuning telur. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan baking powder dan
pukul hingga kembang. masukkan susu manis dan tepung gandum.
Bahagi adunan kepada 2 adunan. 1 adunan dimasukkan serbuk Nescafe dan 1 lagi dimasukkan serbuk Milo.

Cara melapis.

1.Adunan Milo dan Nescafe di bahagi kepada 2 bahagian.
2. Ambil satu bahagian Milo dan buat lapisan sebanyak 4 lapis
3. Ambil satu bahagian adunan Nescafe dan buat lapisan sebanyak 4 lapis.
4. Kemudian sambung lapisan adunan bahan A hingga habis.
5. Seterusnya lapiskan adunan Nescafe dan Milo seperti no 1 dan 2

 Selamat mencuba

Thursday 21 July 2011

Oven Kek Lapis Sarawak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terima Kasih kerana mengunjungi kedaisarawak.blogspot.com. 

Kek Lapis Sarawak merupakan Kraftangan Sarawak yang popular. Keenakkan Kek Lapis Sarawak sememangnya tiada tandingan dan tak hairan jika ramai yang berminat untuk belajar cara-cara membuat serta membuka perniagaan Kek Lapis Sarawak di Semenanjung.


Bagi mereka yang gemar untuk membuat ataupun baru menceburi perniagaan Kek Lapis Sarawak, Oven yang diimport dari Indonesia ini sememangnya wajip dimiliki. Ianya mudah digunakan dan bagus dari segi penjimatan kos. Sistem pembakaran dalaman yang rata menjadikan tekstur Kek tampak cantik dan tahan lebih lama.


Terdapat 2 saiz.

code: OKLSM

Medium (boleh memuatkan hingga 4 acuan sekaligus)
RM700 (harga termasuk kos penghantaran seluruh Malaysia)






 Large (boleh memuatkan hingga 8 acuan sekaligus)




code: OKLSL


RM800 (harga termasuk kos penghantaran seluruh Malaysia)